Salam perkenalan dari kami, Simply Sedap Bakery kepada semua rakan-rakan dan pelanggan yang kami hormati. Sila la menjamu mata di blog kami dengan pelbagai tart dan kek.

Dan sekiranya anda teringin mencuba dan menikmati produk kami, apa tunggu lagi...boleh la order dengan kami dengan harga yang berpatutan...insyaallah.

Untuk pelanggan yang mahukan kelainan dengan design tertentu di atas produk kami sama ada menggunakan buah-buahan atau decoration yang berlainan / mengikut tema majlis masing-masing juga dipertimbangkan.

Harga untuk tema atau design bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan.

Sunday, 25 September 2011

Tempahan tart - 25 Ogos 2011



Tempahan 50pcs blueberry cheese tart dan 50pcs strawberry cheese tart dari Joe untuk dibawa balik ke Terengganu...ni first time tart ni berjalan jauh...alhamdulillah mendapat kepuasan dari customer...
Terima kasih di atas tempahan yer...:)


Monday, 29 August 2011

Happy Eid al-Fitr

Happy Eidulfitri dari kami, Simply Sedap Bakery kepada semua customers kami...dan juga kepada semua umat Islam yang menyambutnya....

Kami memohon maaf sekiranya terdapat salah dan juga apa-apa kekurangan sepanjang bakeri kami beroperasi...sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datang dari kami jua...

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua customers di atas sokongan dan tempahan yang diterima. InsyaAllah bakeri kami akan mula beroperasi kembali seperti biasa pada 11 Sept 2011.

Selamat balik kampung ya! Berhati-hati di jalan raya...

Tempahan tart - 6 Ogos 2011


Tempahan 50pcs blueberry cheese tart dari Shasha untuk dibawa ke hostel...jamu kawan2 katanya...alhamdulillah...
Dan juga 25pcs blueberry cheese tart repeat order dari Intan untuk berbuka puasa bersama kawannya...terima kasih Adeq Intan for your fully support...love ya mmmuaahh mmuaahhhss!!!...:)

Friday, 5 August 2011

Makluman

Salam Jumaat...:)

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita yang tidak enak didengar untuk semua bakeri-bakeri di Malaysia...mengenai isu status halal produk Golden Churn Butter.

Alhamdulillah...bakeri kami tidak pernah menggunakan produk tersebut. Untuk makluman, semua produk kami menggunakan bahan-bahan yang bermutu dan dijamin halal...InsyaAllah...

Sila rujuk link ini untuk makluman semua:
Kenyataan mengenai isu status halal Golden Churn Butter

Saturday, 30 July 2011

Tempahan tart - 28 July 2011


Tempahan 200 pcs fruit tarts dan 50 pcs cheese tart mix of flavours (7 flavours - blueberry, strawberry, kiwi, lemon, orange, mango and chocolate) dari cikgu-cikgu sekolah.
Thanx a lot adeq Intan for promotion...:)



Monday, 25 July 2011

Tempahan tart - 24 July 2011


Tempahan cheese tart mix of flavours 50pcs dari Hajar's mom di Ampang utk makan2...
Thank you aunty for your support...:)

And also dpt repeat order dari Cik Intan dari Kelana Jaya utk cikgu di sekolahnya, 50pcs cheese tart mix of flavours and 50pcs fruit tarts.
Thank you so much adeq Intan sbb promote kt kwn2...:)




Tempahan tart - 23 July 2011


Tempahan fruit tart 100pcs from Teacher Aini.
Thank you so much...:)