Salam perkenalan dari kami, Simply Sedap Bakery kepada semua rakan-rakan dan pelanggan yang kami hormati. Sila la menjamu mata di blog kami dengan pelbagai tart dan kek.

Dan sekiranya anda teringin mencuba dan menikmati produk kami, apa tunggu lagi...boleh la order dengan kami dengan harga yang berpatutan...insyaallah.

Untuk pelanggan yang mahukan kelainan dengan design tertentu di atas produk kami sama ada menggunakan buah-buahan atau decoration yang berlainan / mengikut tema majlis masing-masing juga dipertimbangkan.

Harga untuk tema atau design bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan.

Monday, 29 August 2011

Happy Eid al-Fitr

Happy Eidulfitri dari kami, Simply Sedap Bakery kepada semua customers kami...dan juga kepada semua umat Islam yang menyambutnya....

Kami memohon maaf sekiranya terdapat salah dan juga apa-apa kekurangan sepanjang bakeri kami beroperasi...sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datang dari kami jua...

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua customers di atas sokongan dan tempahan yang diterima. InsyaAllah bakeri kami akan mula beroperasi kembali seperti biasa pada 11 Sept 2011.

Selamat balik kampung ya! Berhati-hati di jalan raya...

0 comments:

Post a Comment